Tuesday, 7 June 2011

Mitos Hang Tuah

Pasal mitos Hang Tuah tu, aku dah cerita apa yg pernah aku baca secara agak panjang lebar dlm penulisan2 melalui fb ni dgn kawan2 tak lama dulu.... cuma terbuka utk komen mereka2 yg telah lebih mendalami bidang ini... yg aku refer tu adalah melalui buku2 sejarawan tempatan & orangputeh yg aku pernah baca dulu.2... kita perlu faham, orangputeh sendiri ada pahlawan2 zaman tok nadoq yg juga berbentuk mitos yg masih belum dapat dibuktikan keujudan mereka.... jadi, perlu diingat, oleh sbb mereka pandang rendah terhadap penduduk2 negeri yg mereka jajahi, akan agak pelik sekiranya memberi perhatian berlebihan terhadap sesiapa yg dianggap pahlawan tempatan yg gagah... 

Aku teringat pernah terbaca mengenai kehebatan kerajaan Majapahit zaman Pateh Gaja Mada dan tercatat sedikit keperwiraan seorang pahlawan mereka yg digelar Tuah.... tidak disebut mengenai asal usulnya.... tetapi ada disebut mengenai lawatan seorang raja Melaka (Sultan Mansor Shah? Kalau diambilkira masa, sudah tentu tidak sezaman dgn Pateh Gaja Mada) utk sembah hormat kepada pemerintah Majapahit  yg berjaya menyerang sisa2 keturunan kerajaan Sailendra & wilayah2nya yg telah memberontak .... tidak diceritera secara khusus mengenai Hang Tuah beradu kepintaran seni mempertahankan diri dgn pahlawan Jawa yg diberikan Keris Tameng Sari seperti ditulis oleh bekas Bendahara kerajaan Johor-Riau, Tun Seri Lanang, dlm buku adat raja2 (yg kemudiannya berkemungkinan disambung penghujungnya oleh penulis lain), dikenali dlm tajuk Melayunya sebagai buku Sejarah Melayu... 

Tetapi aku pernah terbaca bahawa salah seorang Betara Majapahit pernah menghadiahkan sebilah keris pendua baginda kepada seorang raja yg melawat baginda... (Keris Taming Sari?) Kemudiannya dlm zaman Sultan Mahmud Shah, selepas beberapa kali diburu oleh Portugis (Melaka> Muar> daerah2 dlm Johor> Riau) baginda menyerahkan keris tersebut dengan beberapa alat kebesaran diRaja ketika menjadi tetamu (berlindung?) dlm kerajaan keluarga baginda di Kampar, kepada anakanda baginda Raja Muzaffar Shah tatkala mengizinkannya dilantik sebagai pemerintah 3 daerah utama (yg sering bertelagah mengenai kepimpinan) yg luas & membentuk negeri Perak. Baginda kemudian ditabal semula sebagai Sultan Perak pertama keturunan Kesultanan Melaka.-  

Oleh itu, rumusan secara peribadi yg aku buat mengenai keujudan Hang Tuah.... Wallah Wa Alam Bistawab... Banyak buku lama aku dipinjam oleh kawan2 & keluarga aku & ghaib begitu saja sejak lebih sedekat yg lalu... kini menantu aku saja kerap pinjam buku2 berbentuk "kisah" & sejarah yg diterbitkan oleh DBP dsb.... al Kesah.... maka adanya....

1 comment:

  1. ade sikit sikit bende kat atas ni eqal belaja kat skolah dlm topic sejarah. eqal minat ni

    ReplyDelete