Tuesday 7 June 2011

BENARKAH HANG TUAH SEMEMANGNYA PERNAH WUJUD



Aku pernah baca beberapa buah buku sejarah tanah air & nusantara dgn kajian2 tentangnya.... Tapi tak ada satu pun yg tertulis faktor berbentuk sejarah tulen mengenai Hang Tuah.... kecuali dlm buku2 Sejarah Melayu & Hikayat Hang Tuah. Tidak juga disebut secara khusus mengenai pahlawan2 Melayu Melaka terdahulu dlm penulisan2 seorang paderi Portugis sekitar tahun 1519 (yg pernah aku baca dlm suatu rencana bahasa Inggeris beberapa tahun lalu) yg banyak menceritakan hal2 penaklukan Kota Melaka yg diperbuat drpd batang2 kayu & tanah serta kejatuhan kerajaan Melayu Melaka dlm tahun 1511 dan seterusnya tentang sejarah keujudan negeri Melaka. Terdapat juga sedikit catatan tentang keperibadian Raja2 Melayu & Bendahara2 Melaka & negeri2 jajahan/talukannya (mengikut sudut pandangan orang barat).

Semasa penaklukan Melaka, pahlawan/hulubalang/Bendahara Melayu yg terkenal semua sudah tiada lagi, malah yg jadi bendahara Melaka ketika itu, mengikut Tun Seri Lanang, adalah saudara Tun Perak yg sudah pun tempang & terlalu tua.. Berlainan dgn kisah dlm buku teks Sejarah Melayu, aku pernah terbaca bahawa seorang penulis Portugis menyebut sebebnarnya sultan Mahmud Shah lari ke Muar kemudian ke Pahang dgn meninggalkan anaknya Raja Ahmad utk memimpin negeri yg memerlukan raja semasa perang. Raja Ahmad diperkenalkan oleh baginda dlm keadaan tergesa2 (bukan ditabalkan) sebagai Sultan Ahmad Shah. Apabila Melaka kalah, Raja Ahmad diperintah dibunuh dlm suatu pertelingkahan semasa mereka dlm perjalanan lari dari Melaka. Sultan Mahmud Shah telah cuba kembali ke Melaka dgn bantuan negeri2 naungannya seperti Pahang & Johor sebelum beberapa lagi cubaan menghalau Portugis dari Melaka oleh pemimpin2 terkenal negara seberang. Tapi gagal disebabkan masalah persenjataan & kesetiaan.

Dalam satu catatan Belanda semasa menguasai Bangkahulu, (250+ tahun selepas kejatuhan Melaka) ada disebut tentang cerita seorang pahlawan Jawa juga bernama Tuah semasa era kerajaan Majapahit.... Jadi, apabila terbaca beberapa petikan yg masing2 tidak boleh diguna untuk menyokong dan mengesahkan keujudan Hang Tuah Melaka, maka timbullah
persoalan... siapakah yg kita agung2kan sebagai pahlawan Melayu selama ini....

Dari rumusan sendiri yg aku buat mengenai penulisan Tun Seri Lanang... Hang Tuah atau Tuah (samada nama betul atau gelaran) yg disebut2 itu mungkin ujud (apabila dikaitkan dengan kesultanan Melaka pada era2 tertentu) tapi hanya sekadar orang suruhan raja terutama sekali semasa era Sultan Mansor Shah... oleh sebab terlalu taat kpd segala mak nenek perintah raja termasuk perkara2 yg tidak semudah dilakukan oleh manusia waras (serta mungkin menyimpan rasa syak wasangka & cemburu terhadap kepintaran Bendahara mentadbir kerajaan) kedudukannya di istana dinaikkan atau pun menjadi terlalu glemer dek puji-pujian raja... Perlu juga diberi perhatian bahawa yg sebenarnya yg digambarkan samar2 pada peringkat awal sebagai yg 'turut' gagah ialah Hang Jebat... Diketepikan kemudian mungkin apabila Tun Sri Lanang terpaksa menulis tentang org yg digemari sultan.... pemuda yang bertuah... 'Hang' Tuah. Gelaran Laksamana bagi Hang Tuah pun adalah asalnya gelaran yg di panggil oleh kawan2nya... Buku itu ditulis (150+ tahun selepas kejatuhan Melaka) semata2 menjunjung titah utk nostalgia kegemilanagan Kesulatan Melaka terdahulu bagi Sultan Johor/Riau keturunan Melaka ketika mereka dalam tawanan. Benda2 yg agak boleh mengaibkan darjat raja2 diketepikan, sebaliknya ditinggikan dan diganti dgn kisah2 berbentuk metos dari awal hingga akhir. Tun Sri Lanag sendiri terbaca tentang kisah2 kerajaan2 lama nusantara drpd buku hikayat yg diperolehi drpd Goa/Gua (suatu perkampungan dlm daerah pulau Sulawesi (?) - ada yg mengatakan Goa kat India yg menjadi pusat pentadbiran komersial & pengkalan kapal2 perang Portugis dulu).

Seperkara lagi yg boleh dijadikan perhatian utk kajian.... Mengikut adat sultan dahulu kala, apabila seseorang itu menderhaka, dia dan seluruh keluarganya akan dibunuh, rumahnya diterbalikkan, diruntuh, dibinasa hingga tiada kesan, malah batu2 yg diguna utk mengampu tiang2 rumah turut dibuang ke dlm sungai/laut.... jauh sekali mayatnya dikuburkan dgn sempurna... mengapa pula masih ujud 'makam Hang Jebat' dan beberapa lagi kenamaan Melayu era kerajaan Melayu Melaka, tetapi masih belum terbukti adanya makam 'Hang Tuah'... walaupun diceriterakan secara terselindung bahawa 'beliau' telah tidak berani kembali berjumpa Sultan apabila gagal menemui Puteri Gunung Ledang (juga mitos) dan membawa diri entah ke mana selepas mencampakkan keris Taming Sari (?) ke dalam sebatang sungai.... Alasan boleh juga diberi dgn mengatakan bahawa pihak Portugis telah turut mengambil batu2 nisan dari perkuburan2 serta makam2 diRaja sekitar utk membina kota yg kemudian dinamakan A Famosa, menggantikan kota Melayu yg telah dibinasakan.... dan mungkin makam Hang Tuah juga turut menjadi mangsa....

Hanya Buku Hikayat Hang Tuah (salinan asal versi jawi) yg ditulis semula pada awal kurun ke 20 sahaja yg mengagung-agungkan Hang Tuah... itu pun terdapat percanggahan mengenai siapa yg sebenarnya yg derhaka kpd Sultan... Hang Jebat (yg turut dikatakan lebih gagah antara semua hulubalang Melaka ketika itu tetapi diselindung dgn 'kehebatan' Hang Tuah yg mengerjakan segala suruhan raja)... atau Hang Kasturi...

Pendetaburok pohon saudara2 yg memang arif dlm hal2 ini, sila beri sebarang pandangan atau penjelasan konkrit agar sama2 kita dapat kongsi pengetahuan tentang
- lagenda / mitos / sejarah.... Laksemana Hang Tuah....
Al kesah.... maka adanya....

6 comments:

  1. memang kewujudan Hang Tuah sukar untuk diperdebatkan.. Ada yang kata wujud dan ada yang kata tidak... Al kisah hehe

    ReplyDelete
  2. ERMM, KITA ZAMAN MUDA-MUDI NIE TAK TAHU KESAHIHAN CERITA HANG TUAH NIE KAN

    ReplyDelete
  3. Kita kena ambil tahu dan ambil kisah sejarah kita. Risau dengan manusia zaman sekarang yang semakin berani mempertikaikan sejarah kita. Dasar manusia yg tidak mahu ambil tahu SEJARAH.

    Dah jadi follower blog ini.

    ReplyDelete
  4. ADZA IRDAWATI: Sama sama kita tunggu komen pakar-pakar sejarah tanahair kita nnti.
    ACIK TOPI: Terima kasih. Masih terbuka utk diperdebatkan...
    Isteri Encek Bard: Terima kasih. Sama-samalah kita tunggu pandangan followers2 seterusnya.... satu hari nanti mungkin akan terjawab persoalan ini...
    GreenAppleKu: Terima kasih sudi jadi follower. Semoga ramai lagi akan mula meminati sejarah, lebih-lebih lagi sejarah tanahair kita... agar sama-sama dapat membezakan antara mitos, lagenda dengan sejarah.

    ReplyDelete